Saturday, 20 October 2012

Welcome to DiGi Broadband


Well...welcome to DiGi broadband!!! Welcome to my life! (^_^)...Hurmm...baru laa rasanya dpt nk hapdate blog sy ni slalu. To Celcom, I'm really sorry... Sy da tak bleh nak simpan dia dlm hidup sy sbb bukan main susahhhh line dia kt area umah sy. Masa sy nak terminate broadband, mcm2 org company tu nak tau kenapa sy nak terminate. Jenuhnye nak menjwb. Tp ok la, at least diorg bleh improve servis, kan... Baru tau mana tmpt yg ok dgn tak ok. Ok la, sy malas nak bebel panjang2, cukup sy katakan yg sy rasa epi dgn kehadiran DiGi broadband ni. Lets enjoy!!! (^_^)

~4 Zulhijjah 1433 H~

Friday, 3 August 2012

Semuanya kehendak Allah swt

 
Pagi semalam kita dikejutkan dengan satu berita sedih tentang kemalangan yang membabitkan banyak kenderaan iaitu 2 bas, 5 kereta dan 2 motorsikal. Kejadian tu berlaku di Jalan 15/56, AU3, Keramat, Kuala Lumpur, 7 am, 1 Ogos 2012. Dengan kemalangan tu gak seorang tentera dan isterinya terbunuh dalam kejadian tu. Si suami meninggal di tempat yg sama dan isterinya ketika on the way nak ke hospital. Tersentuh hati ni sebab yg meninggal tu seorang anggota tentera. MEH (my en. Hubby) yg juga rakan sejawat dengan arwah tu (tapi laen kem dan unit la, kan...).

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah setiap gerak langkah suamiku...
Sesungguhnya aku amat menyayangi suamiku Ary a.k.a Muhammad Sobri. Amin...

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Kpl Hafeeze Mohd Hanafi serta isteri beliau, Siti Nor Edayu Roslan. Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...

...AL-FATIHAH...

~14 Ramadhan 1433 H~

Monday, 25 June 2012

Idea banyak tapi tak sempat


Sebenarnya banyak benda yang sy nak share kat belog sy yg teramat laa simple ni. Takdan nak curahkan sebab banyak faktor yang menghalang utk sy berbuat sedemikian. Klu kat tmpt keje ni tggu time rehat atau time lepas waktu keje jer bleh hapdate. Malas laa kan, nanti org kata kita tak wat keje plak. Antara faktor-faktor tu ialah...klu sy kat umh, mmg takdan sbb nak settle keje umh. Maklum la, kt tmpt keje wanita yg berkarier. Kt umh, automatik surirumah sepenuhmasa...hehe... Then klu time MEH (my en. Hubby) ada, tak chance sy nak guna broadband sbb dia yg byk kongker. Ye la, byr pon share, kan...hehe... Nanti ada waktu yg senggang, sy share laa citer kt sini ehh... Chau cin chiiiii... :)

~ 5 Syaaban 1433 H~


Friday, 18 May 2012

Hari bersejarah my en. Hubby

Hari ni sy tak keje. On leave sbb nak hadiri event kt tmpt keje MEH (my En. Hubby). Event tu event pemakaian pangkat. Alhamdulillah...akhirnya rasmi sudah beliau memakai pangkat. Sy kena hadirkan diri sbb wajib, isteri kena pakaikan pangkat di sebelah kiri. Sebelah kanan org atasannya yg pakaikan. Biar pun awal bulan 5 sy dah ambil cuti tapi sy tetap jugak ambil cuti utk hari ni sbb lebih bermakna isteri ada sama pada majlis tu. Takpe laa...apa org nak kata, kata laa... Janji sy ada di sisi MEH sempena hari bersejarah dia...

Sempat lagi possing berdua. Hehe...
                                                               
Petang semlm nasib baek sempat sy nak cari tudung utk match dgn baju kurung yg ingin sy pakai masa majlis MEH ni. Skg ni sy aim tudung Juma yg ada 2 atau 3 tones kaler. Nasib baek jumpa. Sy beli kat Jalan TAR. Sy saja jer pakai kaler ni sbb nak match dgn baju uniform MEH ni.

Ikotkan pagi ni mcm terlewat bangun. Tapi kami rushing bersiap. Sy mekap-mekap pun dalam kerete masa tunggu dia pergi berbaris. Dah laa mekap kegemaran tah mana letaknya... Pakai laa mekap lama yg ada tuh... Sib baek ok lagi.

Pastu...dalam pukul 10 am, sy dan para-para BAKAT baru utk kem Paya Jaras, Sungai Buloh ni (persatuan utk wife army) disajikan sarapan. Tak berapa plak nak menelannya sbb selepas MEH sy berbaris, sy dah melantak sarapan dulu dgn dia...hehe... Kuih karipap seketul jer yg sy tertelan. Time sarap, sy mkn nasi goreng sikit dgn teh 'o' nipis suam. Masa disajikan sarapan oleh mereka-mereka yg terpenting dalam majlis tu, disajikan plak dgn pelbagai jenis kuih-muih dan teh susu. Nak tak nak, telan laa jugak. Ye la, sy skg dalam tempoh berpantang minum teh susu ni. Diet la katakan...hehe...

Tak lama lepas tu, para-para BAKAT baru ni diarahkan turun ke area berlangsungnya majlis. Terketar-ketar tgn sy bila sampai giliran utk memakaikan pangkat di lengan baju MEH tu. Yg tak menahan tu, bila turn snap gambar, sempat sy senyum dengan menayangkan sebaris gigi sy...ngeeee.... :D ...Mcm tu laa kalau dah kaki kamera. Pantang disuakan kamera, steady laa mengukirkan senyuman...hehe...

Habis jer aturcara memakaikan pangkat, kami dijemput menikmati juadah. Tak sempat plak sy nak snap sbb maklum laa...mcm org baru. Kang amek gmbr, mcm poyo plak...huahahaha... Menunya nasi beriani. Sy makan sikit jer sbb sy bkn obvious sgt nak makan makanan macamtu. Klu nasi putih, sy laju...hehe...

Then lepas habis time menikmati juadah makanan tengahari, ada plak kek terletak kat depan...hehe... Rupanya meraikan besday utk anggota tentera yg lahir sekitar bulan April dan Mei.

Get ready nak memotong kek tu...hehe...

Ni la kek dia. Dikongsi potong dengan beberapa orang yang lain. Sengeh jer MEH neh...hehe... Sy sendiri tak jangka ada plak terselit agenda meraikan besday diorang...hehe... Sib baek laa bawa kamera.

Terselit plak 'bunga' kat tgh-tghnya. Depan badan MEH plak tuh...adehhh...

Dalam pukul 12.00 pm, bersurai laa semuanya... Diorg ni terus mengemas tempat event ni dgn pantas sekali. Syabas sy ucapkan. 

Kepada MEH... Tahniah syg... Harap-harap lepas ni ada rezeki kita untuk menimang cahayamata plak. InsyaAllah... :) ...Semoga dapat meningkatkan lagi mutu pekerjaan, k...amin.

-27 Jamadilakhir 1433 H~

Monday, 7 May 2012

Anniversary kejeku

Hari ni sy mula keje setelah seminggu sehari bercuti panjang (27 April sehingga 6 Mei 2012)...
Hari ni gak 7 Mei 2012 menandakan sy dah genab 8 tahun servis sy dlm government. 
Selama itu sy belum pernah lagi keluar dari family Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Klu 8 tahun dahulu, sy memang 'zero' bila pertama kali menjejakkan kaki ke bandar besar Kuala Lumpur ni. 
Tapi alhamdulillah...rupanya jodoh sy juga dijumpai di kawasan yang sama...
Kini hidup sy semakin sempurna bila adanya MEH (my en. Hubby) di sisi. 
Hanya dgn dia jer susah senang sy di sini... 
Ketika sy suka, duka, beliau tetap di sisi sy selamanya... 
Muahs kt dia! :)

Syukur alhamdulillah.

Epi anniversary lapor diri buat sy! Hehe...wish diri sendiri... (^_^)


~15 Jamadilakhir 1433 H~ 

Friday, 27 April 2012

Balik kampung...oooo balik kampung...


Hurmm...balik kampung. Sape yg tak suka balik kampung, kan... Cuti sy berkuatkuasa 27 April. 7 Mei yg juga merangkap genab 8 thn sy bergelar kakitangan kerajaan, maka hari tu gak la sy naik keje semula. Sy mmg dah lama tak bercuti. Sama dgn MEH (my en. Hubby). Ye la, stress keje, kan... So nak la jgak bercuti disamping meluangkan masa bersama family masing2. 

First balik singgah sekejap ke kampung arwah abah sy di Sabak Bernam, Selangor. Dah 3 thn rasanya tak balik sana. Last sy balik masa setahun selepas arwah abah meninggalkan kami buat selamanya. Thn 2009. Thn ni sy nak singgah balik, berjumpa dgn ibu saudara sy yg juga merangkap adik kepada arwah abah sy. Dia pon baru jer kehilangan suami pada Sabtu lepas (pukul 10 pm, 21 April 2012). Sy tak dpt nak melawat jenazah suaminya sbb tayar kereta tidak dalam keadaan yg baik. Nak tukar pon, tak gaji lagi. Belanja kurang. So dikesempatan ini, sy nak balik ke kampung MEH di Pendang, Kedah, ada baiknya sy singgah ke kampung halaman arwah abah sy yg terchenta. Even arwah abah dah takde tapi ikatan kekeluargaan masih lagi utuh antara kami. Nmpknya MEH kena laa solat Jumaat kat Sabak Bernam...hehe...

Then selepas singgah ke Sabak Bernam, sy akan meneruskan perjalanan ke utara, kampung MEH. tak sabar rasanya nak berjumpa keluarga mertua. Mungkin dlm petang atau awal malam gak kot sampai Kedah. Last kami balik time Krismas 2011. Sian MEH, dah lama tak jumpa dgn mak dan ayahnya. Mungkin dlm nak seminggu jgak kami di Kedah. Tapi yg tak best, adik ipar kesayangan sy, Are a.k.a Mazura takde sbb bz dgn tugasannya sebagai mahasiswa di UUM, Sintok, Kedah. InsyaAllah, nanti kami cuba melawat Are k... :)

Klu tak apa2 hal, mungkin 3 Mei 2012 kami akan bertolak ke Negeri Sembilan plak. Pe lagi, balik ke rumah mak sy laa... Dlm pada masa yg sama, nak bawa mak pergi ke rumah besannya di Seremban, Negeri Sembilan pada 5 Mei 2012 kerana mereka buat kenduri cukur jambul dan akikah anak buah baru sy, Habib. Anak abgchik sy. Kenduri tu buat kat sana sbb nak sekali dgn anak adik ipar abgchik sy. Nama baby tu Dhia tak silap. Tua sebulan jer dari Habib. Habib bulan 1/2012. Dhia bln 12/2011. Rasanya la, kan... 

Petang 5 Mei tu sy akan hantar mak sy balik ke Rembau then sy akan balik ke rumah kami di Kuala Lumpur. So...6 Mei 2012 nak menghabiskan masa di rumah sendiri. Honeymoon pon boley... ;) ...Maka...7 Mei 2012 sy akan bekerja semula. Hurmm...dah 8 thn rupanya sy keje. Dah 8 thn ni gak la baru nak join Puspanita...hehe... Bkn tak nak join dr awal...cuma takot takleh nak bagi komitmen jerk... Sedangkan BAKAT yg isteri2 tentera pon sy tak aktif. Abes camno... (^_^)

So...lastly but not least...doakan perjalanan kami balik ke kampung.

Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkan laa urusan hamba-Mu ini...amin amin Ya Rabbal alamin...


~6 Jamadilakhir 1433H~

Thursday, 26 April 2012

Baru boleh surf tenet...hehe...


Ehemmm!!! Hurmm...mcm dah lama jer sy tak mencurahkan rasa hati serta menghapdet blog sy yg tak seberapa ni. Well...al-maklom laa bahawasanya broadband sy telah disekat utk beberapa waktu ketika disebabkan keterlepas pandangan sy nak membayar jalur lebar Celcom ni. Maka duduk diam2 laa sy. Klu kat opis mcm terhad nak berinternet. Ye la, kang org kata kita tak wat keje plak kang. Klu nk gaji halal, maka keje pon halal...hehe...

Tambah2 plak mcm mggu ni. Mmg sy kurang 'menyinggah' kt internet. Pagi bz dgn surat2 daftar yg nak masuk. Sebelah ptg bz dgn pasukan koir sempena 'Majlis Jasamu Dikenang' yg akan berlangsung beberapa jam dari sekarang. Tak wat kat tmpt keje sy tapi diadakan di Dewan Mutiara, Institut Pengurusan Kesihatan (IPK), Bangsar, Kuala Lumpur. Pastu bila dah nak kul 5.30 pm yg juga waktu balik sy, sy mmg tak sempat nk tumpang tgk internet sbb MEH (my en. Hubby) sudah tercegat di hadapan pintu opis sy...hehe... Dah byr line tenet ni, senang ati sket. Klu tak sempat atau tak berkesempatan nk tgk kt opis, tgk kt umh jer laa... Lagi pon 'muke buku' hanya boleh ditengok time yg bkn waktu pjbt. Nk wat camner, I have to la...kan... Maklom laa...sy ni mmg jenis peminat gadget, so internet tu dah jadi mcm kwn sy sebab suka meneroka alam cyber. Klu nak cari lelaki, tidak laa sy sbb dah jd  isteri, kan... Kang tak bau syurga, padan muka... (^_^)

Dah la...nanti sy merepek meraban lagi laa yea... Nak tido neh. Sok...ader gak yg terlelap atas pentas...hehe... Area pukul 6 am sy dah kena gerak nak gi keje sbb nanti lmbt plak MH sy nak sampai ke tmpt keje dia. Tanggungjwb suami terhadap isteri, kan... sy bkn tak nak amek lesen, tapi tau jer laa keadaan jalan raya area KL ni, kete berdesup2-desup... Ok...nunnite & mornink... B)


~5 Jamadilakhir 1433 H~

Thursday, 19 April 2012

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Norhana Nuruddin


Semlm sy bz dgn appointment di klinik O&G dgn MEH (my en. Hubby). Appointment tu pukul 10.00 am. Dlm pukul 12.00 pm, sy pulang semula ke pejabat. Kemudian sy dikejutkan dgn satu berita sedih iaitu salah seorang anggota di Institut Penyelidikan Perubatan, Allahyarhamah Norhana binti Nuruddin telah kembali kerahmatullah awal pagi semalam. Arwah merupakan salah seorang anggota unit UMDP Protein, di bwh Pusat Diagnostik Khas (SDC) dan berumur 30 tahun (1982).

Arwah berumur setahun muda dari sy. Menurut berita mengatakan arwah dalam perjalanan ke tempat kerja (IMR) ni. Masa tu husband dia terlanggar tayar belakang scooter yg berada di hadapan mereka then mereka terus terjatuh. Kemudian dtg plak sebuah lori dari arah belakang lalu melanggar arwah Norhana dan terus menggilis kepalanya. Yg membangkitkan kemarahan kita semua, lori tu terus lari. Jadi kes langgar lari la ni... Kejadian berlaku di hadapan mata suami arwah sendiri. Bunyi amat mengerikan. Sy pon tak sanggup nk post gmbr kejadian tu dlm blog sy ni. Sedih menengoknya. 

Arwah ni mmg lemah-lembut orgnya. Bila cakap, lembut jer bunyinya. Pas jabatan dia pon sy yg laminate. Rasanya baru 3 minggu lepas arwah dtg berjumpa sy utk mengambil surat pinjaman perumahannya. Ye la, kt tmpt kerja, sy in-charge bahagian surat-menyurat. Rasa terbayang-bayang jer dia depan mata sy. Arwah ni warak orgnya, bertudung labuh & berjubah. Jarang nmpk dia mengenakan baju kurung. Kalau dia pakai baju kurung, dia pasti mengenakan stokin tangan. Menurut cerita opismate sy, kalau dia solat kt surau tempat kerja kami, arwah tak menggunakan sejadah. Hanya menggunakan garisan saf-saf di karpet surau.

Jika setahun yg dulu pada tarikh 18 April bangunan tempat kerja kami mengalami kebakaran (unit Pemakanan), tahun ni kami kehilangan anggota keluarga IMR kami. Semuanya sudah menjadi satu kebetulan...

Ternyata Tuhan lebih menyayangi ibu kepada dua org anak ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan org-org yg beriman. Salam takziah kepada suami dan keluarganya.

 
AL-FATIHAH...

~27 Jamadilawal 1433 H~

Thursday, 5 April 2012

Memang silap haribulan laa, kan...

Lelaki ni mulut dia mcm pompuan, kan?

Sy tatau laa apa sy nak kata hari ni.
  Semlm sy dah epi da pon.
Punye laa semangat sbb hari besday sy semakin dekat.
Tup-tup hari ni ada org bikin panazzz plak dgn sy.
Selalunya klu perli memerli atau pon buat havoc ni org kaitkan dgn org perempuan.
 Tapi kali ni org lelaki plak yg mcmtu.

Baru sy tau kenapa...
Bila tiba masa dan kena pada tempatnya, tetiba sy kena perli.
Rupanya dia memang nak memperlihatkan yang dia MEMANG tak sukakan kita.
Aper der hal kau suka ke tak dgn aku?
Aku tak rugi pa pe beb!!!
Ye la...dalam sy sedang mencari sesuatu benda yang berada bawah in-charge sy, sy jd mcm bising-bising la sikit.
Tapi sy tak sangka yang sy akan diperli sebegitu rupa!
Apa salah sy?
Selama ni sy ada buat salah ke dgn awak?
Benda tu mmg sy kena cari sbb katakan hilang, sape yg akan kena marah?
Sy, kan?
Bkn awak!
 So...please jgn sesekali menjadi minyak!
Selalu jer org menjolok tebuan kat sy.
Padahal sy takde pa pe pon...

Sy tau sy tak tersalah sangka.
Sbb...dulu sy pernah dgr kaitannya dgn diri sy.
So mmg sama, kan?

APA SALAH SAYA???
Tolong laa jgn buat mood sy jd down.
Sbb...esok besday sy, hari bahagia mak dgn arwah abah sy 31 thn dahulu.
Hari bahagia menyambut kelahiran puteri mereka setelah berderet 3 org anak lelaki mereka sebelom sy...
So...please faham.
Jangan menyakiti anak yg sudah kehilangan bapa... T.T
Pastu sy plak tgh 'bendera merah'.
So (so lagi!)...MEMANG SILAP HARIBULAN LAA, KAN...

~13 Jamadil Awal 1433 H~

Wednesday, 4 April 2012

Dari air tangan yg terchenta

MEE MEGI UDANG PERASA KARI... (^_^)

Ptg semlm masa balik keje, sy plan nk buat fusilli goreng. Alaa...wat mcm goreng mee jer. Then masa kakt opis lagi dah roger-roger dgn MEH (my en. Hubby), kata nak wat fusilli goreng. Dia set jer... Then bila dah sampai area rumah kami, sy ajak dia singgah ke kedai runcit utk beli udang dgn sayur sawi sikit.  Lepas jer beli, terus MEH kata biar dia jer yg masak sbb dalam pada yg sama dia nak bagi rehat lebih sikit kat sy memandangkan sy 1st day PMS. Dia faham klu sy dah PMS. Mesti kena senggugut. Hurmm...takde rezeki (anak) lagi laa kami nmpknya... Kena chaiyok-chaiyok lagi la ni.

Masa ni kat atas kuali leper lagi... Ala-ala kuali Tefal tu laa... Tapi bukan Tefal punye...hehe...

Ni masa megi tgh masak. Terpaksa sy blur gmbr sekeliling sbb keadaan tak memuaskan...hehe... Bukan laa dapur kotor ke apa, cuma tak nak expose jer...hehe... Masa sy nak mandi, MEH tgh sediakan bahan-bahan nak masak. Bila sy keluar dr bilik air, wawahhh!!! Sedap sgt bau dia... Makin lapo wehh!!! Hehe...

Pandangan dari atas.


Pandangan dari sisi.

So...inilah hasil air tangan MEH kesayangan sy lagi maha terchenta... Bukan senang nak dia masakkan utk sy tau... Sy takkan suruh dia masak melainkan volunteer dia sendiri. Alhamdulillah, bersyukur sgt2 sy kepada Ilahi kerana mengurniakan suami yg baik seperti dia... Sy hargai sgt-sgt... Tapi abesss diet sy! Hahahaha... :D ...Lepas ni kena jaga bdn balik. Tak boleh tidak! :)

Bila nak goreng fusilli ni yerk...hurmm...


~12 Jamadil Awal 1433 H~

Tuesday, 3 April 2012

Wedding my opismate and Arynurul's pre-honeymoon (~_^)

Pada akhir bulan lepas, 31 Mac 2012, sy dah MEH (my en. Hubby) attend wedding my opismate yg diadakan di Genting Highlands. Kami gerak dlm pukul 12 pm lebih gak laa. Sib baik baju kami sy dah gosok awal. Masa nak gerak, renyai-renyai la plak area jln nak menghala ke rumah Shida. Dah kat KL hujan, apa lagi klu dah smpai area Genting. Mesti sejuk... :) 

Time ni fikir, kul brapa laa nk sampai ni...hurmm...

Gambar kat atas ni area Jalan Kuching menghala ke bulatan Selayang-Kepong-Batu Caves. Cuaca pon redup jer... Tapi perot mmg lapar sbb just mkn benda ringan jer dari rumah. Time ni belom jauh lagi dari rumah kami. Jalan agak jem. Ntah pukul berapa plak nak sampai ni. Member-member opis dah jalan dulu dah. Time ni diorang dah nak lepas tol Gombak.

Ada laa dalam 45 minit nak sampai ke rumah Shida. Mcm sebelom ni, setengah jam. Tapi jalan agak jem, itu yg mcm lambat sikit nak sampai ke rumah dia. Bila dah dekat nak sampai, tersaing plak dengan kereta my opismate lagi sorang, En. Alias. Sama-sama mendaki ke atas.

Setelah 45 minit kemudian, akhirnya sampai ke rumah Shida. Tengok-tengok pengantin tengah makan. Pastu tengok kawan-kawan opis yg lain pon tgh mkn.

Cute jer gelas ni dgn memaparkan gambar mereka berdua dgn di sekeliling gelas ditaburkan kelopak bunga mawar. Cantik!

Then selang beberapa minit, sy pon memulakan sesi makan-makan...hehe... Lapo, kan... Dari KL ujan, sampai kat rumah Shida, lagi laa bertambah lapar sbb kwsn rumahnya berangin jer. Mcm baru lepas hujan pon yea... Ni la benda yg sy makan! Hilang diet jap...hehe... Sesekali, kan...hehe...

Nyum-nyum!!! Hehe... Nak-nak lagi kerabu daun selom tu...hehe...best!

Sejuk mata memandang. Padanan warna pink dan purple.


Lepas sy dan MEH mkn, sy tak lepaskan peluang snap gambar Shida bersama hubbynye yg terchenta, Azmi a.k.a Mie. Malu-malu jerk Mie...hehe... Ni la antara gambar-gambar yg sempat sy snap...

Sama cantik, sama padan.

Seiras, kan? :) ...Panjang jodoh org kata...insyaAllah.


Kami pon nak jugak possing dgn pengantin...hehe...


Ni la '2 Nurul's' kat opis admin. dept. of IMR...
Tapi dia panggil Shida sbb nama dia, Nurul Shahida.


Setelah beberapa minit di rumah Shida, kami sepakat utk pulang plak. Tapi...tak pulang terus!!! Wajib neh meneruskan perjalanan ke puncak Genting Highland...hehe... Ni adalah kali ke-3 sy menjejakkan kaki ke bumi Genting Highlands ni. Pre-honeymoon jer laa sbb tmpt ni tak jauh sgt dr rumah sy. Klu kenderaan byk jer yg membataskan nak sampai awal.

Dah nak balik dah...

Tiba-tiba terserempak plak dgn si comel ni. Geram! Jinak-jinak merpati jer dia...
Angkut balik KL kang...hehe...


Tadaaa!!! Ni outdoor gift yg sy dpt. Dpt bunga telur skali. Santik!!! :)


Kemudian kami meneruskan perjalanan utk naik ke puncak Genting Highlands ni. Sian MEH, dah abes dia tekan minyak...hehe... Sy plak mcm scary gak time ni sbb jalan dia byk corner sambil selekoh ke atas. Kumat-kamit jer laa mulut nih...hehe...

Tgk...corner sambil naik ke atas...


Tak lama selepas tu, akhirnya sampai jugak kami ke atas puncak Genting Highlands. Kami tak pergi pon main kat theme park dia. Modal tak cukup...hehe... Tapi niat hati mmg nak try gak main kat situ.

Mcm waktu pagi.

Apalagi...! Sesi kami bergambar plak laa... :)


Sian MEH, sejuk. Sampai terlelap-lelap! Saja mls pakai baju sejuk dia.
Padahal ada kat dalam kereta...hehe...


Lihatlah duniaku...
[sy risau btol, takot dia tergelincir. Nauzubillah!]

Cantiknya keindahan ciptaan dari-Nya...Alhamdulillah...


Agak-agak, seiras tak??? :) ...Sila lihat pipi kami...hehe...


Time ni syok jer MEH peluk pinggang sy...ngeeee... :D


Gegegegege...sejuk tau!!!


Muka berat nak balik turun ke KL semula...hehe...

Lepas dah berpossing sakan, maka turunlah kami semula ke bumi Kuala Lumpur... Tapi bila sampai sini, teringat kat mak terutamanya, family N9 dan Kedah, anak-anak buah kami... Alangkah indahnya klu mereka turut merasai kedinginan di sini... InsyaAllah, nanti kita pergi sama-sama k... Sampai jer KL, bombom... Penat, pening tapi puas hati sebab sampai ke wedding Shida dan jugak ke puncak Genting Highlands utk ke-3 kalinya... (~_^)


~11 Jamadil Awal 1433 H~

Minggu 'BLUR'


Semakin hari, sy rasa semakin tak semangat nak keje. Hanya kerana hal kecik, berjela-jela jadinya. Itu la klu keje tahap bawahan, senang atasan nak mencari salah org lain. Ye la, kita ni sape, kan... Tapi...salah ke klu saling memahami dlm melakukan sesuatu pekerjaan? Bila jadi mcmni, kdg-kdg membuatkan sy menjadi hilang respect dgn org. Keje kita bukan laa tertumpu satu jer, banyak benda lain yg nak dibuat. Cuma masa agak terhad utk membuat satu-satu pekerjaan tu. Sy rasa kalau kita bekeje dgn saling memahami, insyaAllah, semua tu akan jadi sukses. Biarlah...bkn diorg yg bayar rezeki sy tetiap bulan [kesabaranku dah memuncak! :(]. Lepas tu something yg sy tak puas hati is...diorg takleh nak terima cara kita. Contohnya mcm borang. Tak boleh ker ikot jer prosedur kami dgn menerima seadanya? Kenapa mesti nak mempertikaikan lagi? Susah klu berkomunikasi dgn org jenis cerdik pandai ni. Sy penat, hokay????????!!!!!!!!!!!! :(

Bila sy blur, ada yg tersalah anggap. Bila sy terlepas meletak barang, ada plak hamba Allah yg memarahi sy. Sy bukan sengaja, malah sy tak marah pon kat dia. Bila tetiba jer sy dimarahi, sy rasa jauh ati sgt. Pendek kata, MERAJUK. Tolong laa faham situasi sy. Sy stress... Sy kena push... :'(

Bila jadi camni jugak membuatkan sy terasa nak suami dan mak sy berada di sisi sy selalu. Mereka tulang belakang sy... Tambah-tambah lagi mak... Dah nak dekat sebulan sy tak balik kg. Nmpk mcm dekat KL - N9, kan... Tapi bila sy dah jarang balik membuatkan ia terasa seperti jauh... Kdg-kdg ada jugak bila sy lihat di Fb, ada ayat kata "balik laa jenguk org tua...". Klu mcm sy, bukan sy tak nak balik, sy nak balik. Tapi sy ada suami... Wanita yg ada suami, tempatnya adalah di sisi suami... Ternyata...ada jugak yg tak faham... :'(

Ya Allah Ya Tuhanku...kuatkan laa semangatku...amin...


~11 Jamadil Akhir 1433 H~

Monday, 2 April 2012

Terharunyer!!!

Hari ni baru 2 April 2012. Lagi 4 hari, dah bufday sy. Tapi hari ni, bila sy on Fb td, tgk dah ada yg wish awal-awal [bkn Awal Ashaari yerk! Hehe...] kt sy. Amatlah sy hargai ucapan itu. Setakat ni, hanya tiga ni baru yg wish kt sy.
Klu ikot bulan omputih, 6 April 2012 ni nanti genablah umur sy 32 thn. Klu ikot bln Islam, pada 2 Jamadil Akhir 1433 H bersamaan dengan 24 April 2012, sy bakal berumur 33 thn! Hehe...mmg pada dasarnya umur kita akan menginjak setahun dr bulan omputih kita. Itu yg mak sy kata laa, kan...
 
 
6 April 2012 ni nanti jatuh pada hari Jumaat. Semoga hari ulangtahun kelahiran sy yg jatuh pada hari yg mulia itu mendapat keberkatan dan lindung dari-Nya....amin...
 
 
Yg ni 1st sy dpt dr CC lama sy di tmpt pertama sy posting iaitu Jabatan Kesihatan Awam (KA), Kementerian Kesihatan Malaysia (HQ) di Putrajaya. Sy panggil dia CC Hisyam... Klu sembang dgn sy, tak lekang bahasa loghat sy iaitu bahasa Nogoghi...hehe... Thanks a lot ya c... (^_^)




 
2nd ni plak dr ex-opismate sy di tmpt posting sy skg iaitu IMR. First sy posting IMR, 10 bulan sy duduk di unit Sumber Manusia. Lepas dr tu, sy diarahkan masuk ke unit Pentadbiran sehinggalah skg. Ni la kak Mus... Dia dah bersara dah namun dia masih mengingati rakan-rakan di sini [IMR]. Thanks a lot yaa kak Mus... (^_^)


3rd...sy mendapat ucapan dr abg Asri atau lebih senang memanggilnya abg As. Dia pon sama sebumbung pentadbiran di JKA (KA), KKM, setempat dengan CC Hisyam tadi. Cuma masa ni sy duduk di Unit Kualiti dan Piawaian [tapi unit ni dah duk kt tmpt lain dah...]. Thanks a lot yea abg As... (^_^)


Saye upload pic ni sbb mcm terlalu awal la plak diorg wish kt sy. Btw, thanks thanks thanks a lot sy ucapkan. Terharu sgt. Semoga Tuhan memberkati hidup kalian semua, amin...

~10 Jamadil Awal 1433 H~

Sunday, 1 April 2012

April Fool teringat zaman sekolah

Gambar hiasan semata-mata. 1st April 2012 jatuh pada hari Ahad yea...

Dah 1 April, kan... Klu time sekolah menengah dulu (1994-1998), time ni la time yg ditunggu-tunggu time oleh kami sekelas. Ada jer benda nk buat hangin org. Antara yg pemes, tulis something kt sehelai kertas putih pastu buat-buat laa tegur kwn sambil tgn tu tepuk belakang. Tapi salotape kena ubuh sikit, kang tak tertampal plak. Pastu tegur laa kwn sambil tepuk belakang bdn dia then pukkkkk!!! Maka tertampal laa kertas tu kt belakang baju diorg...hehehe... Ada yg tulis 'aku gila' laa, mcm2 lagi. Pastu dok tampal tanda kt belakang tudung laa...smuanya kopek dari barang-barang yg masih ada tanda harga. Nakal tau!!! Nak2 lagi group time sy sekolah menengah dulu yg mana kami namakan group kami, ADIOUS. Klu nk ikotkan makna, maknanya 'selamat tinggal'. Tapi nama ADIOUS tu kami gabungkan dari nama kami masing-masing. Kami sama-sama wat study group, sama-sama meround satu kampung tapi bab mengenakan org pon sama-sama...hahaha..."ape yg penting, kejesame..."...hehe... Best jer bila kenang balik...hehe... Even masing-masing dah berjaya dengan kerjaya namun kami still keep and touch. Tapi ader laa masa-masanya. Ye la, kena laa hormat sbb smuanya dah ader suami, anak...[sy jer blom rezeki ader anak...isk...isk...]. Sajer jer laa nak mengimbas nama group kami dulu. Siap ada pangkat lagi, kaklong, kakngah, kaklang, kakteh, kakchik & kaksu [sy laa kaksu itu...hehe...]. Pangkat diambil pon berdasarkan antara kami ni semuanya anak nombor berapa. Mcm sy tadi, kaksu sbbnya klu dlm family sy sendiri, sy ni mmg anak bongsu...hehe... Manja tapi brutal! :D ...Huhhh!!! Melalut plak cerita pasal kwn2. Lari topik nih...hehe... 

Then time April Fool ni jugak kami mengenakan sorang ex-classmate kami. Lelaki. Nama dia...TUT! Takleh publish kt sini, nanti dia marah!!! Hahaha... Ye la, kenangan jer...haha... Kami berenam semua perempuan tapi dia satu jer lelaki. Kami simpan beg dia dlm almari laa... Kami pedajal kerusi dia...hahaha...lawak-lawak... Time tu tingkatan 5. Antara kami berenam, masing-masing ada peranan. Ada yg tukang jaga line, tukang sorok barang dia [sy laa sbb time tu sy kecik, senang nak menyelit...hahaha...], ada yg tukang melayan utk melambat-lambatkan masa dia dan sebagainya. Semuanya nak memastikan kegiatan nakal kami berjalan dgn lancar...hehe... Hangin jer dia bila kami berjaya mengenakan dia...

Sekarang semua tu tinggal kenangan. Someone yang kami sukakan kenakan pon masih baik dgn kami semua sampai sekarang [tu pon sbb ada Fb. Klu tak, mmg takdenye nk berjumpa semula even dalam alam maya...hihi...]. Biasa laa, time sekolah, sape tak nakal, kan... Sebenarnya itu laa kenangan indah kami sampai laa kami semua menduduki SPM '98... Bila masing-masing dah berjumpa kembali kt Fb, kami tergelak bila isu ni dibangkitkan kembali. Sekadar nak suka-suka jer. Nakal kami ni, kan? Ala...sikit-sikit jer. Tak nakal, takde plak benda yg nak dikenangkan...hehehehe...



Gambar kt atas ni laa antara yg ada dlm group ADIOUS. Ni kali pertama jumpa ramai-ramai pada 28 November 2010 yg lalu. Berlokasi kt rumah kawan kami yg pakai baju coklat tu, Siti. Next...rumah sape plak...??? Nanti plan balik eaa...hehe... Dok cerita psl April Fool, melarat plak psl kengkawan masa sekolah dulu yea...hehe... Bkn apa, rindu jugak dgn diorg nih... :)

~9 Jamadil Awal 1433 H~

Wednesday, 28 March 2012

Semangat kian membara

Pagi ni sy ada appointment dgn pakar dietitian. Agak bengang plak sy bila org ramai yg dtg kt situ, langsung tak memahami undang-undang jalan raya. Da tau belang kuning, berhenti laa klu tgk ader org nak lintas... Ni tak, jalan dgn sombongnye. Nama jer amek lesen tapi tatau nak stop. Agaknye klu polis nk saman org, mmg byk kt area HKL ni. Grrr...geram sehhh!!!! X( ...Rasa mcm nak sepak2 jer kereta org yg langgar tanda belang kuning tu. Klu laa kt jalan raya yg besar, langgar org, kena saman laa kau... :)


Gambar hiasan semata-mata. Tapi garisan kuning yg camtu laa org ramai kt HKL yg drive kereta tapi tak reti nak benti. Meluat tgknye. Amek lesen kereta kebenda mcmtu...grrrr...

Appointment sy bersama pakar diet, En. Hafiz tu sepatutnya dlm kul 10.30 am. Tp terlewat kul 10.40 am sbb tetiba plak kena queued even kt kaunter khas. Lmbt plak jadinya. Then sy pon berjmpa dgn En. Hafiz. Bila dia tgk keperubahan sy setelah kakak yg jaga depan tu, kak Ani check, ternyata berat bdn sy berkurang 1.69 kg. Alhamdulillah, berkurangan... Nasibbbb tak kena marah! :)

Nak dijadikan citer plak, sy ke HKL, MEH (my en. Hubby) ke Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju. Hospital yg khas utk para tentera. Kena derma darah. Sian dia, lemah badan katanya. Dpt MC dan kini sedang berehat di rumah kami. Kebetulan plak 2-2 kena pergi hospital hari ni...hehe... Instinct...instinct... :)

Then the next appointment adalah 2 bulan dr skg iaitu pada 29 Mei 2012. Yg pastinya sy semakin semgt nk jogging!!! :) ...Doakan sy k... Mana tau rezeki nk dpt baby, kan... :) ...Doa-doa anda, amatlah sy hargai...amin... :) 

~5 Jamadil Akhir 2012~ 

Tuesday, 27 March 2012

Kasut...cute tak???

Time2 camni laa baru sy ada kt umh. Penat seharian kt pejabat. Hari ni still blik dgn MEH (my en. Hubby) lagi. If MEH kena duty (bertugas) time mlm, kena laa sy balik sndiri, pergi keje pon sndiri. Org kata klu jd wife keje mcm MEH sy ni kena byk independent. Sy ni reti bw motor. Cuma lesen jer takde lagi. Amek sekerat jalan...hehe... Tah bila nk smbung ntah. Modal terputus. Nk kena kumpul lain plak laa... Klu drive kete, tau sket2 jer. Klu drive area highway LEKAS tu, berani laa sket...hehe...

Dua hari lepas sy gi window shopping dgn MEH. Dikesempatan itu, sempat sy beli kasut sukan. Maklom laa, kasut sukan yg lama tak rosak. Itu yg delay nak berjogging tu. Skg sy dah beli dah kasut sukan...hehe...


Hurmm...tak la mahal mane pon. MEH yg pilihkan. Tu yg best tu even sy yg byr. Sy gak yg nk guna, kan... Nanti besday sy bulan 4 nak tuntut hadiah...hahaha... Warna pink yg menampakkan kefemininannye...hehe... Mmg kena beli kasut baru sbb kasut lama da tebungkeh tapak eaa...haha... Kluar plak acik speak Nismilan...haha... Ok, let see dis...ni  dari sisi tepi plak...


Cute tak kasut sukan sy? Hehe... So tak lama lagi sy nak mulakan jogging semula! Chaiyok chaiyok!!! Buat citer neh bkn nk menunjuk-nunjuk. Cuma nak berkongsi rasa exited ni jerk...hehe... Ok la, nk taip ini jer dulu. Maghrib pon da masuk. Nk solat berjemaah dgn beliau plak... (^_^)

~4 Jamadil Awal 1433 H~

Monday, 26 March 2012

BiSiKaN HaTi...

Sekadar renungan bersama...

2 become 1...

Ya Allah
Aku tidak meminta seorang yang sempurna, 
namun aku meminta seorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang yang menjadikan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang yang menjadikan doaku untuk kehidupannya
Seorang yang menjadikan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seorang yang menjadikan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
Terima kasih Engkau telah mempertemukan aku dengannya
Terima kasih untuk saat-saat indah yang dapat kami nikmati bersama
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang dapat kami lalui bersama

Sucikan hatiku ya Allah,
sehingga aku dapat melaksana kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku
semoga Engkau redhai kami untuk bersatu mengharungi sisa usia kami...

* Kata-kata di atas sy perolehi di sebuah majalah tempatan. Sy ske sgt kata-kata ni. Sesiapa nak copy and paste pon, takpe... Tak kena bayar ponggg... (^_^)

~3 Jamadil Awal 1433 H~ 

Headache!!!

Hari ni rasa tension sgt. Mcm biasa laa, org di sekeliling sy, alhamdulillah, ok jer. Siap gelak-gelak lagi. Cuma sy agak sakit ati bila org yg luar dari sekeliling sy ni jadikan something yg remeh-temeh tu dijadikan sesuatu perkara yg besar. Benda dah settle, tapi dok panjang-panjang lagi. Siap dah keje dgn lebih efisyen lagi. Apa...org keje kerani nih mmg slalu jadi mangsa lepas tension depa kaa??? Apa lagi yg tak puas hati?

Tolong laa... Klu slalu camni, sy nak preggy pon susah. Jgn laa bebankan perkara yg kecil... T.T ...Bkn laa sy nk gunakan blog sy utk menghentam org tu tapi bila di dorong rasa sakit kepala, mengantok, haaa...nasib la, kan... Nanti sambung laa lagi... (*_*)



p/s : The moral of the story, buat baiklah berpada-pada! Kdg2 org bleh tikam belakang balik dgn kita. Itu pesan someone kepada sy dan kawan-kawan.

Sekian.


~3 Jamadil Awal 1433~

Sunday, 25 March 2012

Bila pegang vacuum...ingat si comelku

Hurmm...seharian hari ni mengemas rumah. Cadang nk kluar kejap dgn MEH, beli brg dapur dan beberapa keperluan yg lain. Tapi nanti laa dulu. Kasi chance kt MEH rehat. Dia baru jer balik duty mlm td. Bosan gak, lately bila weekend jer, asek ader kt KL. Bleh kata around bulan Jan', Feb dan bulan ni, mmg byk duduk kt rumah. Dgn kekangan tugas MEh yg tak tentu masa, dgn halangan road-tax kete tak dpt nk renew (dah renew da pon, masa dpt gaji last week...hehe... Baru la bleh pi jln2...hoorey!!!), pastu mggu depan wedding opismate plak... Rasa mcm bz sgt. Wedding opismate mmg kena pergi sbb sudaa dijmput. Sian mak, blom berpeluang berjmpa dgn sy dan MEH... Nk wat camner mak, bkn kami tak nak balik... Byk laa plak halnye... Wlu camner pon, anak anda ni terlalu rindukan anda... T.T ...Ye lah, tmpt isteri adalah di sisi suami.

Mlm td mmg sy tidur lmbt. As usually laa, bila MEH kene keje sbb duty mlm, mmg sah2 sy takkan dpt tidur dgn lenanya. Maklom laa, tinggal sorg. Dah laa area ni ramai org asing. Takot sehh!!! Tah kul brape sy lelap pon ntah. So bkn laa hanya mlm td, if MEH keje mlm, jgn hrp sy nak tidur awal. Pagi ni bangun terus sambut kepulangan MEH. MEH lanje belikan nasi lemak. Hadoihh...camner nk diet ni, selera pelbagai...hahaha...

Lepas breakfast, sy mula kemas rumah. Antara yg sy buat, vacuum lantai rumah then mop. Bila pegang vacuum, teringat plak anak2 bulus kt kg. Fobia btol mereka dgn vacuum. Kt sini sy share beberapa pic yg menunjukkan mereka amat scary dgn vacuum...hehe... Padahal time ni vacuum tu mana ader on...hehe...

Masa ni sy pegang kamera dan abg sy, abglang yg tolong takotkan mereka. Nak melantun-lantun jer ke belakang. Kelakar...hehe... Time ni smuanya berusia 4 bulan lebih. Skg rasanya dah 5 bln dan semakin membesar...

"Opocot mak engkau!!!"

"Takleh jadi ni, mcm semakin mengganas!!!"

Jap-jap... Tak bergerak kot. Mai kita lepak luu...

Oh tidak!!! Lari...lari!!!

Nak lari ke tak nak...nak lari ke tak nak... Kongpius neh!

Ni la dia gmbr2 yg menunjukkan anak2 bulus sy begitu takotkan vacuum. Agaknye nmpk mcm kepala alien kottt...hahaha... Hurrmmm...rindu kt bebudak bulus nii! Tak tipu!!! Hanya yg menyayangi kucing jer akan memahami hati dan perasaan ini...isk...isk...isk... T.T ...Ader rezeki balik N9, nak gomol bebudak bulus neh pepuas!!! :)


~2 Jamadil Awal 1433 H~