Sunday, 17 February 2013

Sejarah kerjaya sehingga kini


14hb Januari, 2013...sy MC. Tak sihat sebab kena buasir. 2nd time kena pas tahun 2006 dulu. Then 15hb Januari, 2013 dgn rasminya sy memulakan tugas menjaga aset2 kat tempat keje sy. Bukan sy sorang je, ada sy punya Ketua Kerani @ CC, kak Amy & Faz. So kami berkolobrasi laa duduk di bawah Unit Pengurusan Aset.

Dalam hujung bulan September tahun lepas, sy ada hadiri kursus berkenaan dengan bidang sekarang ni di Hotel Empress, Sepang anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Dgn pengetahuan yang ada, sy praktikkan laa sket2 dlm bidang tugas sekarang. Firstly...sy akan citer dulu sejarah kerjaya sy.

BERMULANYA SEBAGAI 'GOVERNMENT STAFF'

PEJABAT JKA (KA), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, PUTRAJAYA
Sy memulakan servis 7hb Mei, 2004 dan ditempatkan di Jabatan Kesihatan Awam (Kesihatan Awam) then hanya banyak buat berkenaan dengan kerja-kerja pentadbiran. Masa tu opis kat pejabat lama kat Jalan Cendrasari, KL. Selepas 6 bulan, semua satu bangunan berpindah ke Putrajaya. 

HOSPITAL TUANKU JAAFAR, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
10 bulan selepas tu sy minta pertukaran atas alasan ingin berdekatan dengan ibubapa. So...bertukar la sy ke Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan bermula November 2005, betul2 lepas raya puasa. Masa tu sy diberi pilihan, nak posting kat Hospital Port Dickson ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ)? Dulu HTJ dikenali sebagai Hospital Besar Seremban. Then sy pilih la HTJ dgn ditempatkan di Klinik Pakar Pergigian Perubatan Bedah Mulut dgn membuat kerja2 kaunter. Pagi2 sy gi keje dgn abg sy yg sy panggil sebagai abgchik. 

PEJABAT PERGIGIAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, PUTRAJAYA
Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...hehe... Sy hanya bertahan di HTJ hanya 7 bulan jer. Sy ambil keputusan nak berpindah secara suka sama suka dengan staf di posisi yg sama yang mana beliau sedang bekeje di Ibu Pejabat Pergigian di Putrajaya. Dalam pada masa yang sama sy ingin menjaga kakak sy yg terkena penyakit 'back pain'. So bermula laa semula ulang-alik KL-Putrajaya setiap hari seperti masa mula2 pejabat berpindah bangunan ke Putrajaya. Dalam bulan Jun 2006, bermula langkah sy bekeje di HQ dgn bidang menjaga perjawatan. Satu bidang yg sy anggap agak mencabar sebab kena jaga keluar serta bertukar masuk doktor2 pergigian di seluruh Malaysia. Mula2 mmg susah sgt sy nak handle sampai selalu kena marah dengan bos. Nak buat camner, sy bukannye jenis pick-up dgn smua tu. Tapi sy belajar. Ok la, kan...

Sy posting kat HQ Pergigian pon hanya setahun sebulan jer. Sebabnya...setelah 8 bulan sy di tempat keje ni, sy telah mengenali seseorang yg sgt penting dlm hidup sy kini. Pe lagi...jumpa jodoh laa...hehe... Setelah dua bulan mengenalinya, sy ambil keputusan sekali lagi memohon pertukaran pejabat area KL. Dengan alasan, ingin berdekatan dengan bakal suami yg juga bekeje area Kuala Lumpur (MINDEF). Maka pilihan pertama sy adalah di Institut Penyelidikan Perubatan atau Institute for Medical Research (IMR). Alhamdulillah, ada kekosongan PTPO (nama jawatan sy, Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi) di situ. 16hb Julai, 2007 sy lapor diri di IMR then minta tangguh 2 minggu sebab nak train PT yg akan gantikan sy di HQ Pergigian, Putrajaya. 

INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN, KUALA LUMPUR (IMR)
1hb Ogos, 2007, maka bermula laa cabaran sy di IMR. Sy di tempatkan di unit Perkhidmatan & Pentadbiran dan membuat kerja2 yang berkaitan dengan sistem HRMIS iaitu suatu sistem capaian yg berkaitan seseorang anggota dalam perkhidmatan dalam kerajaan (servis). 8 bulan jer sbb selepas tu Unit Perkhidmatan dan Pentadbiran telah dirombak dan dipecahkan kepada 2 iaitu unit Sumber Manusia dan Unit Pentadbiran. 

Selepas itu bulan Mac 2008, bermula la cabaran sy dalam Unit Pentadbiran. Sy bertanggungjwb menjaga hal-hal pentadbiran iaitu surat-mengurat yg ingin dipos, sistem fail, permohonan kuarters dan apa lagi ntah.

Selama 5 thn sy dalam bidang ni, nmpk senang, mudah. Mesti org akan kata "alahhh...jaga surat jer ponnn..." Tapi tau tak, tanggungjwb sgt besar. Andaikata semua tu tak dapat dilunaskan, maka org yang menjaga itu la yg akan diserang dahulu. Kesimpulannya mmg banyak laa suka duka sy dalam bidang ni. Dalam pada masa yg sama, dia mengajar sy erti kehidupan serta...berhati2 dengan org2 di sekeliling kita kerana bukan semua perbuatan kita dapat diterima orang lain. Then bukan semua menyenangi diri kita. Dari situ jugak mengajar sy jgn terlalu mempercayai orang lain. Selama ni bukan tak pernah belajar jgn percayai org lain tapi belajar dgn lebih berhati2.

Pada penghujung tahun 2012, tempat keje sy mengadakan satu mesyuarat unit. Apa lagi, perjumpaan dengan semua anggota2 pentadbiran laa... Dalam Unit Pentadbiran, kami dipecahkan lagi unit2 kecil seperti hal-hal Pentadbiran, hal-hal Aset serta hal-hal Stor dan Perolehan. So dalam mesyuarat tu sy menyuarakan hasrat hati sy ingin beralih bidang ke bidang hal-hal Aset. 5 thn sy bergelumang dgn bidang jaga surat ni. Macam2 perkara dah yg sy lalui.

Alhamdulillah...permintaan sy dikabulkan. Bermula 15hb Januari, 2013...sy mula membuat keje2 yg berkaitan dgn aset. Even belum 100% sy faham tapi sy belajar. Mmg la kalau nak ikutkan bidang lama mcm senang dari bidang baru ni. Tp at least sy tak stress dgn benda2 yg selalu disegerakan. Byk faktor kenapa sy ingin beralih arah selain mahu belajar benda baru. Biar la orang nak kata sy ni kurang pick-up, lembab tapi sy tau apa yg sy buat, dan sy cuba lakukan yg terbaek. Mulut orang...kita bukan tau. Hati org pon kita tatau. Dalam hidup mesti learn, learn and learn. At least jgn smpai org kata 'mcm gud2'. (^_^)

Hanya Allah swt jer yang mengerti segalanya...

~ 6 Rabiulakhir 1434 H~

Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 H


Hurmmm...baru la terasa rajin nak hapdate belog since masuk 2013...hehe... Maklom ler, bz sgt. Nak menyusun ayat pon malas. Ye la, sy pon bukan la seorang penulis yang baek. Maen hentam jer menaip...kikiki... By the way, tak nak cakap banyak...

SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1434 HIJRAH BERSAMAAN 24 JANUARI 2013 KEPADA MEREKA YANG BERAGAMA ISLAM. SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Semoga kita semua dapat menjadi insan yang berguna pada masa kini dan akan datang.

InsyaAllah...amin.

~ 12 Rabiulawal 1434 H~


Saturday, 20 October 2012

Welcome to DiGi Broadband


Well...welcome to DiGi broadband!!! Welcome to my life! (^_^)...Hurmm...baru laa rasanya dpt nk hapdate blog sy ni slalu. To Celcom, I'm really sorry... Sy da tak bleh nak simpan dia dlm hidup sy sbb bukan main susahhhh line dia kt area umah sy. Masa sy nak terminate broadband, mcm2 org company tu nak tau kenapa sy nak terminate. Jenuhnye nak menjwb. Tp ok la, at least diorg bleh improve servis, kan... Baru tau mana tmpt yg ok dgn tak ok. Ok la, sy malas nak bebel panjang2, cukup sy katakan yg sy rasa epi dgn kehadiran DiGi broadband ni. Lets enjoy!!! (^_^)

~4 Zulhijjah 1433 H~

Friday, 3 August 2012

Semuanya kehendak Allah swt

 
Pagi semalam kita dikejutkan dengan satu berita sedih tentang kemalangan yang membabitkan banyak kenderaan iaitu 2 bas, 5 kereta dan 2 motorsikal. Kejadian tu berlaku di Jalan 15/56, AU3, Keramat, Kuala Lumpur, 7 am, 1 Ogos 2012. Dengan kemalangan tu gak seorang tentera dan isterinya terbunuh dalam kejadian tu. Si suami meninggal di tempat yg sama dan isterinya ketika on the way nak ke hospital. Tersentuh hati ni sebab yg meninggal tu seorang anggota tentera. MEH (my en. Hubby) yg juga rakan sejawat dengan arwah tu (tapi laen kem dan unit la, kan...).

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah setiap gerak langkah suamiku...
Sesungguhnya aku amat menyayangi suamiku Ary a.k.a Muhammad Sobri. Amin...

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Kpl Hafeeze Mohd Hanafi serta isteri beliau, Siti Nor Edayu Roslan. Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...

...AL-FATIHAH...

~14 Ramadhan 1433 H~

Monday, 25 June 2012

Idea banyak tapi tak sempat


Sebenarnya banyak benda yang sy nak share kat belog sy yg teramat laa simple ni. Takdan nak curahkan sebab banyak faktor yang menghalang utk sy berbuat sedemikian. Klu kat tmpt keje ni tggu time rehat atau time lepas waktu keje jer bleh hapdate. Malas laa kan, nanti org kata kita tak wat keje plak. Antara faktor-faktor tu ialah...klu sy kat umh, mmg takdan sbb nak settle keje umh. Maklum la, kt tmpt keje wanita yg berkarier. Kt umh, automatik surirumah sepenuhmasa...hehe... Then klu time MEH (my en. Hubby) ada, tak chance sy nak guna broadband sbb dia yg byk kongker. Ye la, byr pon share, kan...hehe... Nanti ada waktu yg senggang, sy share laa citer kt sini ehh... Chau cin chiiiii... :)

~ 5 Syaaban 1433 H~


Friday, 18 May 2012

Hari bersejarah my en. Hubby

Hari ni sy tak keje. On leave sbb nak hadiri event kt tmpt keje MEH (my En. Hubby). Event tu event pemakaian pangkat. Alhamdulillah...akhirnya rasmi sudah beliau memakai pangkat. Sy kena hadirkan diri sbb wajib, isteri kena pakaikan pangkat di sebelah kiri. Sebelah kanan org atasannya yg pakaikan. Biar pun awal bulan 5 sy dah ambil cuti tapi sy tetap jugak ambil cuti utk hari ni sbb lebih bermakna isteri ada sama pada majlis tu. Takpe laa...apa org nak kata, kata laa... Janji sy ada di sisi MEH sempena hari bersejarah dia...

Sempat lagi possing berdua. Hehe...
                                                               
Petang semlm nasib baek sempat sy nak cari tudung utk match dgn baju kurung yg ingin sy pakai masa majlis MEH ni. Skg ni sy aim tudung Juma yg ada 2 atau 3 tones kaler. Nasib baek jumpa. Sy beli kat Jalan TAR. Sy saja jer pakai kaler ni sbb nak match dgn baju uniform MEH ni.

Ikotkan pagi ni mcm terlewat bangun. Tapi kami rushing bersiap. Sy mekap-mekap pun dalam kerete masa tunggu dia pergi berbaris. Dah laa mekap kegemaran tah mana letaknya... Pakai laa mekap lama yg ada tuh... Sib baek ok lagi.

Pastu...dalam pukul 10 am, sy dan para-para BAKAT baru utk kem Paya Jaras, Sungai Buloh ni (persatuan utk wife army) disajikan sarapan. Tak berapa plak nak menelannya sbb selepas MEH sy berbaris, sy dah melantak sarapan dulu dgn dia...hehe... Kuih karipap seketul jer yg sy tertelan. Time sarap, sy mkn nasi goreng sikit dgn teh 'o' nipis suam. Masa disajikan sarapan oleh mereka-mereka yg terpenting dalam majlis tu, disajikan plak dgn pelbagai jenis kuih-muih dan teh susu. Nak tak nak, telan laa jugak. Ye la, sy skg dalam tempoh berpantang minum teh susu ni. Diet la katakan...hehe...

Tak lama lepas tu, para-para BAKAT baru ni diarahkan turun ke area berlangsungnya majlis. Terketar-ketar tgn sy bila sampai giliran utk memakaikan pangkat di lengan baju MEH tu. Yg tak menahan tu, bila turn snap gambar, sempat sy senyum dengan menayangkan sebaris gigi sy...ngeeee.... :D ...Mcm tu laa kalau dah kaki kamera. Pantang disuakan kamera, steady laa mengukirkan senyuman...hehe...

Habis jer aturcara memakaikan pangkat, kami dijemput menikmati juadah. Tak sempat plak sy nak snap sbb maklum laa...mcm org baru. Kang amek gmbr, mcm poyo plak...huahahaha... Menunya nasi beriani. Sy makan sikit jer sbb sy bkn obvious sgt nak makan makanan macamtu. Klu nasi putih, sy laju...hehe...

Then lepas habis time menikmati juadah makanan tengahari, ada plak kek terletak kat depan...hehe... Rupanya meraikan besday utk anggota tentera yg lahir sekitar bulan April dan Mei.

Get ready nak memotong kek tu...hehe...

Ni la kek dia. Dikongsi potong dengan beberapa orang yang lain. Sengeh jer MEH neh...hehe... Sy sendiri tak jangka ada plak terselit agenda meraikan besday diorang...hehe... Sib baek laa bawa kamera.

Terselit plak 'bunga' kat tgh-tghnya. Depan badan MEH plak tuh...adehhh...

Dalam pukul 12.00 pm, bersurai laa semuanya... Diorg ni terus mengemas tempat event ni dgn pantas sekali. Syabas sy ucapkan. 

Kepada MEH... Tahniah syg... Harap-harap lepas ni ada rezeki kita untuk menimang cahayamata plak. InsyaAllah... :) ...Semoga dapat meningkatkan lagi mutu pekerjaan, k...amin.

-27 Jamadilakhir 1433 H~

Monday, 7 May 2012

Anniversary kejeku

Hari ni sy mula keje setelah seminggu sehari bercuti panjang (27 April sehingga 6 Mei 2012)...
Hari ni gak 7 Mei 2012 menandakan sy dah genab 8 tahun servis sy dlm government. 
Selama itu sy belum pernah lagi keluar dari family Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Klu 8 tahun dahulu, sy memang 'zero' bila pertama kali menjejakkan kaki ke bandar besar Kuala Lumpur ni. 
Tapi alhamdulillah...rupanya jodoh sy juga dijumpai di kawasan yang sama...
Kini hidup sy semakin sempurna bila adanya MEH (my en. Hubby) di sisi. 
Hanya dgn dia jer susah senang sy di sini... 
Ketika sy suka, duka, beliau tetap di sisi sy selamanya... 
Muahs kt dia! :)

Syukur alhamdulillah.

Epi anniversary lapor diri buat sy! Hehe...wish diri sendiri... (^_^)


~15 Jamadilakhir 1433 H~