Sunday, 17 February 2013

Sejarah kerjaya sehingga kini


14hb Januari, 2013...sy MC. Tak sihat sebab kena buasir. 2nd time kena pas tahun 2006 dulu. Then 15hb Januari, 2013 dgn rasminya sy memulakan tugas menjaga aset2 kat tempat keje sy. Bukan sy sorang je, ada sy punya Ketua Kerani @ CC, kak Amy & Faz. So kami berkolobrasi laa duduk di bawah Unit Pengurusan Aset.

Dalam hujung bulan September tahun lepas, sy ada hadiri kursus berkenaan dengan bidang sekarang ni di Hotel Empress, Sepang anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Dgn pengetahuan yang ada, sy praktikkan laa sket2 dlm bidang tugas sekarang. Firstly...sy akan citer dulu sejarah kerjaya sy.

BERMULANYA SEBAGAI 'GOVERNMENT STAFF'

PEJABAT JKA (KA), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, PUTRAJAYA
Sy memulakan servis 7hb Mei, 2004 dan ditempatkan di Jabatan Kesihatan Awam (Kesihatan Awam) then hanya banyak buat berkenaan dengan kerja-kerja pentadbiran. Masa tu opis kat pejabat lama kat Jalan Cendrasari, KL. Selepas 6 bulan, semua satu bangunan berpindah ke Putrajaya. 

HOSPITAL TUANKU JAAFAR, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
10 bulan selepas tu sy minta pertukaran atas alasan ingin berdekatan dengan ibubapa. So...bertukar la sy ke Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan bermula November 2005, betul2 lepas raya puasa. Masa tu sy diberi pilihan, nak posting kat Hospital Port Dickson ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ)? Dulu HTJ dikenali sebagai Hospital Besar Seremban. Then sy pilih la HTJ dgn ditempatkan di Klinik Pakar Pergigian Perubatan Bedah Mulut dgn membuat kerja2 kaunter. Pagi2 sy gi keje dgn abg sy yg sy panggil sebagai abgchik. 

PEJABAT PERGIGIAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, PUTRAJAYA
Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...hehe... Sy hanya bertahan di HTJ hanya 7 bulan jer. Sy ambil keputusan nak berpindah secara suka sama suka dengan staf di posisi yg sama yang mana beliau sedang bekeje di Ibu Pejabat Pergigian di Putrajaya. Dalam pada masa yang sama sy ingin menjaga kakak sy yg terkena penyakit 'back pain'. So bermula laa semula ulang-alik KL-Putrajaya setiap hari seperti masa mula2 pejabat berpindah bangunan ke Putrajaya. Dalam bulan Jun 2006, bermula langkah sy bekeje di HQ dgn bidang menjaga perjawatan. Satu bidang yg sy anggap agak mencabar sebab kena jaga keluar serta bertukar masuk doktor2 pergigian di seluruh Malaysia. Mula2 mmg susah sgt sy nak handle sampai selalu kena marah dengan bos. Nak buat camner, sy bukannye jenis pick-up dgn smua tu. Tapi sy belajar. Ok la, kan...

Sy posting kat HQ Pergigian pon hanya setahun sebulan jer. Sebabnya...setelah 8 bulan sy di tempat keje ni, sy telah mengenali seseorang yg sgt penting dlm hidup sy kini. Pe lagi...jumpa jodoh laa...hehe... Setelah dua bulan mengenalinya, sy ambil keputusan sekali lagi memohon pertukaran pejabat area KL. Dengan alasan, ingin berdekatan dengan bakal suami yg juga bekeje area Kuala Lumpur (MINDEF). Maka pilihan pertama sy adalah di Institut Penyelidikan Perubatan atau Institute for Medical Research (IMR). Alhamdulillah, ada kekosongan PTPO (nama jawatan sy, Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi) di situ. 16hb Julai, 2007 sy lapor diri di IMR then minta tangguh 2 minggu sebab nak train PT yg akan gantikan sy di HQ Pergigian, Putrajaya. 

INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN, KUALA LUMPUR (IMR)
1hb Ogos, 2007, maka bermula laa cabaran sy di IMR. Sy di tempatkan di unit Perkhidmatan & Pentadbiran dan membuat kerja2 yang berkaitan dengan sistem HRMIS iaitu suatu sistem capaian yg berkaitan seseorang anggota dalam perkhidmatan dalam kerajaan (servis). 8 bulan jer sbb selepas tu Unit Perkhidmatan dan Pentadbiran telah dirombak dan dipecahkan kepada 2 iaitu unit Sumber Manusia dan Unit Pentadbiran. 

Selepas itu bulan Mac 2008, bermula la cabaran sy dalam Unit Pentadbiran. Sy bertanggungjwb menjaga hal-hal pentadbiran iaitu surat-mengurat yg ingin dipos, sistem fail, permohonan kuarters dan apa lagi ntah.

Selama 5 thn sy dalam bidang ni, nmpk senang, mudah. Mesti org akan kata "alahhh...jaga surat jer ponnn..." Tapi tau tak, tanggungjwb sgt besar. Andaikata semua tu tak dapat dilunaskan, maka org yang menjaga itu la yg akan diserang dahulu. Kesimpulannya mmg banyak laa suka duka sy dalam bidang ni. Dalam pada masa yg sama, dia mengajar sy erti kehidupan serta...berhati2 dengan org2 di sekeliling kita kerana bukan semua perbuatan kita dapat diterima orang lain. Then bukan semua menyenangi diri kita. Dari situ jugak mengajar sy jgn terlalu mempercayai orang lain. Selama ni bukan tak pernah belajar jgn percayai org lain tapi belajar dgn lebih berhati2.

Pada penghujung tahun 2012, tempat keje sy mengadakan satu mesyuarat unit. Apa lagi, perjumpaan dengan semua anggota2 pentadbiran laa... Dalam Unit Pentadbiran, kami dipecahkan lagi unit2 kecil seperti hal-hal Pentadbiran, hal-hal Aset serta hal-hal Stor dan Perolehan. So dalam mesyuarat tu sy menyuarakan hasrat hati sy ingin beralih bidang ke bidang hal-hal Aset. 5 thn sy bergelumang dgn bidang jaga surat ni. Macam2 perkara dah yg sy lalui.

Alhamdulillah...permintaan sy dikabulkan. Bermula 15hb Januari, 2013...sy mula membuat keje2 yg berkaitan dgn aset. Even belum 100% sy faham tapi sy belajar. Mmg la kalau nak ikutkan bidang lama mcm senang dari bidang baru ni. Tp at least sy tak stress dgn benda2 yg selalu disegerakan. Byk faktor kenapa sy ingin beralih arah selain mahu belajar benda baru. Biar la orang nak kata sy ni kurang pick-up, lembab tapi sy tau apa yg sy buat, dan sy cuba lakukan yg terbaek. Mulut orang...kita bukan tau. Hati org pon kita tatau. Dalam hidup mesti learn, learn and learn. At least jgn smpai org kata 'mcm gud2'. (^_^)

Hanya Allah swt jer yang mengerti segalanya...

~ 6 Rabiulakhir 1434 H~