Friday, 3 August 2012

Semuanya kehendak Allah swt

 
Pagi semalam kita dikejutkan dengan satu berita sedih tentang kemalangan yang membabitkan banyak kenderaan iaitu 2 bas, 5 kereta dan 2 motorsikal. Kejadian tu berlaku di Jalan 15/56, AU3, Keramat, Kuala Lumpur, 7 am, 1 Ogos 2012. Dengan kemalangan tu gak seorang tentera dan isterinya terbunuh dalam kejadian tu. Si suami meninggal di tempat yg sama dan isterinya ketika on the way nak ke hospital. Tersentuh hati ni sebab yg meninggal tu seorang anggota tentera. MEH (my en. Hubby) yg juga rakan sejawat dengan arwah tu (tapi laen kem dan unit la, kan...).

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah setiap gerak langkah suamiku...
Sesungguhnya aku amat menyayangi suamiku Ary a.k.a Muhammad Sobri. Amin...

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Kpl Hafeeze Mohd Hanafi serta isteri beliau, Siti Nor Edayu Roslan. Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...

...AL-FATIHAH...

~14 Ramadhan 1433 H~

2 comments: